Netizen terpegun lihat fenomena ‘cincin asap’

Oleh – Syeikh Baran


Netizen terpegun lihat fenomena ‘cincin asap’
Cincin asap gunung berapi tular selepas dimuat naik oleh penduduk – Getty

Satu fenomena ‘cincin asap’ di sebuah gunung berapi di Itali menarik perhatian netizen dan menjadi tular di platform media sosial, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia. 

Gunung Etna mengeluarkan lebih banyak  asap daripada gunung berapi lain.



Ia berlaku disebabkan oleh pembebasan berterusan wap dan gas yang jarang terjadi kepada gunung berapi lain.

Menurut pakar, jisim gas yang meningkat dengan cepat melalui bahagian tengah saluran akan mendorong kepada pembentukan cincin dengan menyelubungi gas dalam pergerakan pusaran. 

Fenomena ini membuatkan penduduk tempatan menamakan gunung berapi itu sebagai ‘Lady of the Rings’. – Agensi

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading