Perompak laut tembak anggota APMM adalah individu dikehendaki ESSCOM

Oleh – Syeikh Baran


Perompak laut tembak anggota APMM adalah individu dikehendaki ESSCOM
Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos, melawat Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, di hospital Tawau di sini hari ini. FOTO Abdul Rahemang Taiming.

Perompak laut yang menembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu, di kawasan perairan Kampung Pangi Kunak, adalah individu dikehendaki Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Komandernya Datuk Victor Sanjos berkata, berdasarkan maklumat awal perisikan suspek yang terbabit dipercayai daripada kumpulan yang terdapat dalam senarai dikehendaki (wanted list) pihaknya.



Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan identiti suspek terbabit kerana usaha mengesan dan menjejak serta membuat tangkapan sedang giat dijalankan.

“Kalau dalam senarai itu itu semuanya warga asing. Seorang suspek kita sahkan melalui saksi mata iaitu daripada pegawai yang terbabit dalam pertempuran ini.

“Kita tengah usaha itu sebagaimana yang disebut oleh Ketua Pengarah APMM tadi, kita gemblengkan semua aset yang ada di ESSzone ini selain untuk menggerak kerja dan mengesan serta menangkap mereka, itu saya boleh kongsikan,” katanya pada sidang media di hospital Tawau di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi semalam, dua anggota Maritim Malaysia cedera dalam insiden berbalas tembakan ketika terbabit Ops Khas Pagar Laut di kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika Timur Laut, Perairan Kampung Pangi di Kunak.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button