Polis berkas ‘pocong’ ceroboh pasar raya

Oleh – Syeikh Baran


Polis berkas ‘pocong’ ceroboh pasar raya
SEORANG warga emas yang memakai kostum pocong ditangkap polis di Ponorogo, baru-baru ini. – Foto Polis Sambit

Seorang lelaki warga emas ditangkap polis kerana menyamar sebagai pocong untuk mencuri barangan di sebuah pasar raya di Ponorogo, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita grid.id. semalam.

Dia memakai kostum hantu itu dengan tujuan menakut-nakutkan penduduk semasa melakukan aktiviti mencuri. 



Seorang ketua polis tempatan, Baderi mengesahkan tangkapan warga emas itu.

“Suspek ditangkap berdasarkan aduan penduduk,” ujarnya.

Baderi berkata, lelaki itu didapati memakai kostum  pocong dengan harapan dia mudah untuk melarikan diri.

Menurutnya, kostum pocong yang digunakan suspek merupakan pakaian solat berwarna putih untuk wanita.



Baderi memberitahu, warga emas itu ditangkap polis ketika dia menceroboh masuk ke sebuah pasar raya di Kampaung Campurego, Ponorogo. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading