Masalah brek punca lori sampah langgar 14 kenderaan

Oleh – Syeikh Baran


Masalah brek punca lori sampah langgar 14 kenderaan
Tangkap layar kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Persekutuan, hari ini.

Masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah lori sampah melanggar 14 buah kenderaan di lampu isyarat Lebuh Raya Persekutuan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tersebut kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.



Kemalangan tersebut turut tular menerusi video berdurasi 45 saat di aplikasi X.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku dari arah Shah Alam ke Kapar.

Katanya, sebuah lori sampah dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun telah melanggar 14 buah kenderaan yang berhenti di lampu isyarat lebuh raya tersebut.

“Berdasarkan keterangan pemandu lori sampah itu menyatakan kejadian disebabkan masalah brek pada kenderaan dipandunya.



“Kita akan menghantar lori tersebut ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau menambah, ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut negatif dadah.

Vijaya menjelaskan kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading