Awan debu Sahara ‘luar biasa’ melanda Eropah

Oleh – Syeikh Baran


Awan debu Sahara 'luar biasa' melanda Eropah
Gambar Hiasan

Awan debu pasir ‘luar biasa’ dari Sahara melanda bahagian Eropah hari ini, menyebabkan kualiti udara yang buruk.

Menurut Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus, kepulan terbaharu, yang ketiga seumpamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, membawa keadaan berjerebu ke selatan Eropah dan akan merebak ke utara sehingga ke Scandinavia.



Saintis kanan di Copernicus, Mark Parrington, berkata peristiwa terbaharu itu berkaitan dengan corak cuaca yang membawa cuaca lebih panas ke bahagian Eropah sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Walaupun bukan sesuatu yang luar biasa untuk kepulan debu pasir Sahara sampai ke Eropah, terdapat peningkatan dalam ketepuan dan kekerapan sedemikian dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang berpotensi dikaitkan dengan perubahan dalam corak peredaran atmosfera,” katanya.

Kejadian terbaru ini menyebabkan kualiti udara merosot di beberapa negara.

Kesatuan Eropah (EU) untuk kepekatan PM10 iaitu zarah lebih kasar seperti pasir dan habuk yang boleh merengsakan hidung dan tekak dilihat sudah mencapai tahap melampau di beberapa lokasi.



Yang paling teruk terjejas ialah Semenanjung Iberia di Sepanyol tetapi peningkatan pencemaran udara yang lebih rendah turut direkodkan di bahagian Switzerland, Perancis dan Jerman.

Pihak berkuasa tempatan di tenggara dan selatan Perancis mengumumkan bahawa ambang pencemaran udara melanda pada Sabtu lalu.

Mereka menasihatkan penduduk untuk mengelakkan aktiviti fizikal terutama mereka yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan.

Menurut Copernicus, awan debu debu itu dijangka tiba di Sweden, Finland dan barat laut Russia sebelum esok berakhir dengan perubahan dalam corak cuaca.



Sahara mengeluarkan antara 60 dan 200 juta tan habuk halus setiap tahun, yang boleh bergerak beribu-ribu kilometer, dibawa oleh angin dan keadaan meteorologi tertentu.

Kepulauan Canary Sepanyol di luar pantai barat laut Afrika menyaksikan hanya 12 hari dalam tempoh 90 hari dari Disember hingga Februari di mana langit bebas daripada habuk Sahara, lapor agensi cuaca tempatan, Aemet. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading