Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan

Oleh – Syeikh Baran


Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan
Gambar Hiasan

Seorang pesara polis berusia 53 tahun dari Sarawak ditemukan meninggal dunia di pantai berhampiran Sea Sport Complex.

Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada jam 7.05 pagi oleh orang awam.



Ketua Polis Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim dalam kenyataan hari ini berkata, mayat mangsa ditemukan tertiarap di pantai dan berdasarkan siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badan mangsa.

Hamizi berkata, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada jam 12.30 tengah hari pada raya pertama (10 April) dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.

 

“Pesara itu dilaporkan keluar kira-kira jam 3 pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi. Puas keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel malah di Hospital Labuan tetapi gagal,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. – Bernama



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading