Empat lelaki warga Pakistan direman

Oleh – Syeikh Baran


Empat lelaki warga Pakistan direman
TANGKAP layar pemandu Proton Saga yang terlibat kejadian langgar tiga lelaki Pakistan dipukul orang awam semalam.

Empat lelaki warga Pakistan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul melibatkan pemandu kereta Proton Saga yang menyebabkan kematian tiga rakan mereka kelmarin, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret T. Ashvinii dalam prosiding di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini.



Reman terhadap kesemua lelaki berusia 24 hingga 49 tahun itu dipohon bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat yang memaparkan tindakan sekumpulan lelaki warga Pakistan membelasah lelaki yang terlibat dalam kejadian langgar di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, di sini kelmarin.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan pemandu kereta jenis Proton Saga yang melanggar enam lelaki warga Pakistan yang sedang berjalan kaki ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Kejadian sekitar pukul 8.10 pagi itu menyebabkan tiga lelaki berusia 20 hingga 35 tahun maut akibat kecederaan parah.



Tiga lagi rakan senegara yang turut parah kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading