Meta digesa tarik had minimum guna WhatsApp

Oleh – Syeikh Baran


Meta digesa tarik had minimum guna WhatsApp
Perubahan yang mengurangkan had umur daripada 16 kepada 13, berkuat kuasa di UK dan EU pada 11 April. – Foto AGENSI

Syarikat gergasi media sosial, Meta digesa membatalkan penurunan umur minimum untuk menggunakan WhatsApp.

Perubahan itu, yang mengurangkan had umur dari 16 kepada 13 tahun, berkuat kuasa di United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) semalam, lapor PA Media.



Gerakan dikenali Kempen British Bebaskan Telefon Pintar Bagi Kanak-Kanak menggelar, Meta yang juga pemilik Facebook dan Instagram sebagai ‘pekak nada’.

Pengasas bersama gerakan itu, Daisy Greenwell, mendakwa WhatsApp cuma mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding keselamatan kanak-kanak.

“Mengurangkan umur pengguna daripada 16 kepada 13 tahun benar-benar pekak dan mengabaikan loceng amaran yang semakin kuat dibunyikan oleh saintis, doktor, guru, pakar keselamatan kanak-kanak, ibu bapa dan pakar kesihatan mental.

“Dalam kalangan ibu bapa, WhatsApp dilihat sebagai aplikasi media sosial paling selamat kerana ia hanya pemesejan bukan?



“Dengan cara itu, ia berfungsi seperti gerbang remedi untuk seluruh apl media sosial. Jika anda menghantar mesej kepada rakan anda di WhatsApp, mengapa tidak menghantar mesej kepada mereka di Snapchat?

“WhatsApp jauh lebih bebas risiko. Ia lazimnya platform pertama di mana kanak-kanak terdedah kepada kandungan melampau, buli berleluasa dan adalah aplikasi pemesejan pilihan untuk pemangsa seksual kerana penyulitan hujung ke hujung,” katanya.

Ahli Parlimen daripada Parti Konservatif, Vicky Ford, yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan, berkata keputusan Meta mengurangkan syor umur didakwa dibuat tanpa berunding dengan ibu bapa sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Perdana Menteri UK, Rishi Sunak, sewaktu memberitahu BBC berkata Akta Keselamatan Dalam Talian akan memberikan kuasa pengawal selia untuk memastikan syarikat media sosial melindungi kanak-kanak daripada bahan berbahaya.



“Mereka tidak sepatutnya melihatnya, terutamanya perkara seperti mencederakan diri sendiri dan jika mereka tidak mematuhi garis panduan ditetapkan oleh pengawal selia, mereka akan dikenakan denda yang sangat ketara.

“Seperti mana-mana ibu bapa, kami mahu kanak-kanak untuk membesar dengan selamat, bermain di padang atau dalam talian,” katanya.

Menurut WhatsApp yang menjelaskan isu berkenaan, perubahan had umur itu dilakukan sejajar dengan majoriti negara dan perlindungan juga disediakan.

Meta minggu ini memperkenalkan pelbagai ciri keselamatan baharu yang direka untuk melindungi pengguna, khususnya golongan muda daripada penderaan dan salahguna imej intim.



Penyedia platform itu turut mengesahkan bahawa pihaknya akan mula penguji tapisan dalam mesej langsung (DM) di Instgram yang dipanggil ‘Perlindungan Kebogelan’ bagi pengguna berumur di bawah 18 tahun.

Tapisan DM itu juga bertindak mengaburkan imej secara automatik yang dihantar kepada pengguna yang dikesan mengandungi gambar bogel. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading