Watie teruja menerima duit raya pertama daripada suami

 

Oleh Razak Hasan

Watie teruja menerima duit raya pertama daripada suami
Shuib memberi duit raya tunai buat isterinya, Watie secara tunai sebanyak RM5,000.

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah teruja menerima duit raya pertama daripada suami kesayangannya itu sebanyak RM5,000.

Watie atau nama asalnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut meluahkan hasratnya untuk membingkaikan pemberian syurga hatinya tersebut yang disifatkannya sangat istimewa.



“Mari kita tengok, dalam ini ada lima sampul. Saya ingat sama seperti orang lain, rupa-rupanya lain. Maknanya, itulah martabat isteri tercinta.

“Pertama kali beraya dengan suami dan dapat duit raya. Ini akan jadi khazanah, saya tidak akan guna serta simpan sampai bila-bila.

“Sampul yang pertama RM1,000, sangat teruja. Saya akan simpan sehingga anak cucu cicit,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.

Dalam masa sama, Watie yang juga seorang usahawan sempat menitipkan doa buat Shuib agar terus dilimpahkan rezeki melimpah-ruah.



“Terima kasih Daddy (nama panggilan Shuib). Semoga Allah keluarkan duit-duit di muka bumi ini untuk diberikan kepada Daddy.

“Semoga Daddy dilimpahkan rezeki walaupun beg Daddy nampak gayanya dah kosong,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu selepas hampir dua tahun ahli perniagaan itu menduda.

Shuib atau Shahmira Muhammad berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.



Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button