Ammar Alfian sedang hangat menjalin hubungan cinta

 

Oleh Razak Hasan

Ammar Alfian sedang hangat menjalin hubungan cinta
PELAKON Ammar Alfian dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan seorang wanita bernama Qhaisha.

Selepas empat tahun menduda, pelakon Ammar Alfian kini dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Perkara tersebut menjadi bualan sebilangan netizen selepas  sebuah perkongsian TikTok seorang wanita yang dipercayai kekasihnya bernama Qhaisha tersebar.



Video berdurasi 47 saat terbabit memperlihatkan kemesraan Ammar yang sedang berseronok dengan wanita itu di sekitar Kuala Lumpur.

Malah, kapsyen video tersebut turut menguatkan spekulasi percintaan mereka.

My lover (cinta hati saya),” tulis wanita berdarah Pakistan itu.

Sebelum ini, Ammar pernah mendirikan rumah tangga bersama Nelissa Nezam pqda Mac 2016.



Rumah tangga mereka diserikan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Kyro Shakur.

Bagaimanapun, sekitar Oktober 2020, pelakon filem Paskal itu mengesahkan perceraiannya dengan Nelissa secara tebus talak. – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading