Ratu onar

Ratu onar

Ratu onar
RAYANNA Belle Brock. FOTO Instagram

Washington: Gara-gara kenakalannya, seorang gadis dari Kentucky, Amerika Syarikat, tular di media sosial selepas 11 gambar syot wajahnya (mugshot) ketika ditahan polis kerana pelbagai kesalahan jenayah disebarkan di satu akaun Instagram (IG).

Rayanna Belle Brock, 23, pernah dicekup ketika mencuri, malah melakukan banyak lagi jenayah.

Nama Brock hangat diperkatakan di internet minggu lalu selepas imejnya dipaparkan dalam ‘reels’ di akaun IG berkenaan.



Identiti Brock mendapat perhatian selepas laman IG ‘mugshawty’ memuat naik imejnya.

Bekas penuntut Universiti Kentucky Timur itu, yang menggunakan nama ‘thequeenofchaos23’ di TikTok, mula terbabit jenayah curi ketika dia berumur 18 tahun.

Imej terbaharu Brock menunjukkan dia tersenyum lebar dalam ‘jumpsuit’ tahanan berwarna jingga pada 2020 selepas ditahan kerana ancaman ganas dan mengintai (stalking).

Dia ditangkap kerana mencuri kereta, merempuhnya, dan kemudian membawanya pulang ke asrama penginapannya.



“Ia adalah salah satu kegemaran saya,” katanya di bahagian komen akaun IG itu.

Peminat Brock mahu tahu lebih daripada gambar itu, dengan sebahagiannya menuntut lebih banyak maklumat mengenainya.

Brock memberitahu peminatnya bahawa kedua ibu bapanya kini berada di dalam penjara.

Kesalahan lain gadis itu termasuk membahayakan pegawai polis secara tidak sengaja, mencuri senjata api dan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.



Pada 2021, Brock didakwa mencuri senjata renjat (taser gun) dan topi dari kenderaan tentera di Virginia,

Ratu onar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button