37 pelancong dikurung dalam kedai

Oleh – Syeikh Baran


37 pelancong dikurung dalam kedai
SERAMAI 37 pelancong tidak dibenarkan keluar oleh pekerja-pekerja sebuah kedai di Xishuangbanna, bulan lalu. – Foto Weibo

Sekumpulan pelancong China tempatan dikurung di dalam sebuah kedai katil hanya kerana mereka tidak membuat sebarang pembelian, lapor portal berita AsiaOne kelmarin.

Sebuah klip video berdurasi 53 saat yang disiarkan di platform Weibo pada 27 Mac lalu menunjukkan kumpulan pelancong dari wilayah Liaoning, China itu  dipercayai ditahan di sebuah kedai peralatan tempat tidur di Xishuangbanna, wilayah Yunnan.



Kumpulan pelancong terdiri daripada 37 orang itu ditahan di kedai itu selama beberapa jam pada 26 Mac lalu selepas enggan membuat sebarang pembelian, lapor akhbar South China Morning Post.

Dalam klip video berkenaan, terdengar suara wanita di belakang kamera mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan keluar.

“Kami tiba pada tengah hari dan kami masih di sini,” kata wanita itu.

Anggota-anggota kumpulan tersebut boleh dilihat duduk dan berbaring di atas katil di kedai itu.



Ia berlaku ketika beberapa pekerja kelihatan berkawal berhampiran pintu keluar kedai itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading