Bodyguard kena tembak di KLIA sepatutnya tidak bertugas

Oleh – Syeikh Baran


Bodyguard kena tembak di KLIA sepatutnya tidak bertugas
Muhamat ketika ditemui pemberita di Hospital Cyberjaya, Sepang hari ini. – Foto oleh AMREE AHMAD / KOSMO!

Rakan kepada mangsa insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sepatutnya bertugas ketika kejadian berkenaan.

Walau bagaimanapun, Norhafiza Azizan, 29, ketika ditemui pemberita di Hospital Cyberjaya di sini berkata, dia diberikan cuti untuk pulang berhari raya di kampung oleh majikannya itu.



“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana terlepas daripada jadi mangsa peristiwa itu, namun berasa sedih kerana rakan yang ganti saya pula parah kena tembak,” katanya ringkas.

Dalam kejadian di balai ketibaan terminal itu kira-kira pukul 1.20 pagi tadi, Mohd. Nur Hadith Zaini, 38, pengawal peribadi kepada seorang wanita cedera di bahagian perut dibawa ke Hospital Cyberjaya dan dilaporkan kritikal.

Katanya, dia tidak menyangka rakannya itu mengalami nasib malang semasa bertugas di lokasi berkenaan.

“Ini bukan kali pertama suspek ugut isteri dengan ancaman bahaya dan saya kerap diarah majikan bagi mengawal kerana perkara yang sama pernah berlaku sebelum ini,” katanya.



Jelas gadis yang berasal dari Kedah itu, ugutan sedemikian kali terakhir direkodkan pada hujung tahun lepas, namun mujur tiada sebarang serangan yang dilakukan oleh suspek.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengawal Peribadi Malaysia, Muhamat Mohd. Yusof yang ditemui berkata, beliau sering bertemu Along yang cukup aktif dengan kerja amal.

“Kali terakhir saya jumpa dia ketika kami menganjurkan program berbuka puasa dengan sekumpulan anak-anak yatim dan mangsa kelihatan amat gembira malah ceria,” ujarnya.

Beliau namun sedih kerana mangsa dan seorang lagi pengawal yang bertugas ketika insiden itu tidak bersenjata untuk mempertahankan diri dan terdedah risiko bahaya ditembak.



Menyentuh insiden itu, pihak persatuan katanya, bersedia membantu kebajikan keluarga Along yang tinggal di Kuala Lumpur kerana difahamkan mangsa ada seorang anak orang kurang upaya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading