SPRM pernah tangkap Hakim, Peguam

SPRM-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pernah melakukan tangkapan terhadap Hakim, peguam dan Timbalan Pendakwaraya pada 2019.

Ketua Pesuruhajaya SPRM Latheefa Koya, tangakapan terhadap Hakim tersebut ekoran tangkapan terhadap Timbalan Pendakwaraya, peguam dan beberapa anggota Polis.



Rujukan – SPRM tangkap Hakim

 

 



Tangkapan dilakukan dipercayai ada kaitan dengan rasuah melepaskan pendatang asing tanpa izin-PATI.

Ini membuktikan SPRM bebas untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki melakukan rasuah dan berkepentingan dalam sesebuah kes.

 



 

Untuk itu, tiada sebab bagi Majlis Peguam-Bar Council dan Pakatan Harapan membantah siasatan yang dilakukan SPRM terhadap Nazlan Ghazali berikutan dakwaan Raja Petra Kamarudin.

Raja Petra mendakwa Nazlan Ghazali menerima 11 transaksi berjumlah lebih RM1 juta dari Jho Low untuk ‘perkhidmatan’ beliau.

 



 

Nazlan merupakan Setiausaha Syarikat Maybank ketika Maybank Investment Bank mengesyorkan penubuhan SRC.

Isu tersebut menggemparkan Malaysia dan Raja Petra mendakwa berlaku ‘conflict of interest’ terhadap Nazlan kerana beliau merupakan Hakim yang mengadili kes Najib Razak.



 

 

Peguam Najib mendakwa Nazlan hilang kelayakan untuk mengadili kes melibatkan 1MDB dan SRC.



Baca – SPRM Punyai Kuasa Siasat Pegawai Badan Awam

Isu Nazlan : mengapa Ambiga & Majlis Peguam gelabah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button