Isu Nazlan : mengapa Ambiga & Majlis Peguam gelabah?

 

Merujuk kepada laporan FMT, sekumpulan ahli Majlis Peguam termasuk Ambiga dalam keadaan gelabah berkaitan isu Mohd Nazlan Ghazali.



Difahamkan kumpulan  bekas Presiden Majlis Peguam sudah sampai masanya mereka ‘membela’ institusi Kehakiman dari sebarang prejudis intergriti.

Isu Nazlan Ghazali menjadi antara topik panas seluruh negara selepas pembongkaran tergempar dilakukan Raja Petra Kamarudin.

Menurut Raja Petra, Nazlan telah menerima lebih dari RM1 juta menerusi 11 transaksi yang dipercayai dibayar oleh Jho Low.



Turut terbongkar ialah penubuhan SRC yang dicadangkan Maybank Investment Bank dan jelas sekali bukan idea atau kemahuan Najib Razak.

Nazlan pada ketika itu merupakan Setiausaha Syarikat kepada Maybank dan beliau mengetahui penubuhan Strategic Resources Company-SRC.

Bagaimanapun Nazlan dalam penghakiman beliau pada 1 Ogos 2020, telah menyatakan Najib mempunyai kepentingan peribadi dengan penubuhan SRC.

Pihak SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan mengenai transaksi wang yang masuk ke akaun bank beliau.



Apa yang dilakukan SPRM ialah menyiasat Nazlan berkaitan ‘money trail’ yang diperolehi beliau, dari mana sumber wang tersebut dan untuk apa beliau menerima wang itu.

Jadi tiada sebab Majlis Peguam atau bekas Presiden Majlis Peguam termasuk Ambiga mahu menggelabah kecuali mereka juga mengetahui sesuatu yang diluar pengetahuan semua pihak. 

Cuma sekarang, intergriti Nazlan dipersoalkan dan beliau wajar berehat dari jawatan sementara siasatan dijalankan SPRM bagi mengelakkan sebarang konflik.



Intergriti Nazlan tercalar, wajar direhatkan sementara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button