Rafidah Sepatutnya Tegur Mahathir Yang Menabur Racun Dalam Periuk Nasi Orang
Rafidah Sepatutnya Tegur Mahathir Yang Menabur Racun Dalam Periuk Nasi Orang
Ahli politik veteran, Rafidah Aziz, dikatakan memberikan teguran kepada ahli politik yang beliau dakwa menabur pasir di periuk nasi orang.
Beliau berkata Malaysia akan mundur jika kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan konkrit dilakukan untuk membendung.
Terutamanya isu perpecahan yang diwujudkan dan diburukkan lagi atas tujuan politik peribadi
“Kegagalan pihak berkuasa bertindak juga akan memberi gambaran seolah-olah pemimpin Malaysia lemah dan boleh diugut.”
“Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara tanpa kemudi, dipengaruhi oleh Napoleon kecil yang berfikiran sempit.”
“Ia memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah menguasai (hold to ransom) pemimpin dalam kerajaan campuran.”
“Dunia sedang memerhati kita.”
“Tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Malaysia berhasrat serta berusaha untuk hidup dalam persekitaran yang aman, muhibah dan harmoni.”
“Tetapi, dari semasa ke semasa, didorong oleh ego yang melambung tinggi dan terang-terangan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kepentingan yang diandaikan itu.”
“Maka ada pihak yang bertindak tanpa mengambil kira akibat negatif, terutamanya perpecahan dalam masyarakat.”
“Kerajaan tidak boleh terus-menerus tertekan dan terganggu dengan isu-isu tidak perlu yang dicipta ini.”
“Dan sengaja disemarakkan oleh orang yang mempunyai objektif politik peribadi mereka sendiri tetapi dengan mengorbankan rakyat dan negara,” dakwa Rafidah.
Mungkin disebabkan faktor usia, Rafidah sudah out of touch dengan fakta isu semasa yang sedang berlaku di dalam negara.
Boleh difahami, walau pun tidak dinyatakan secara jelas, kenyataan Rafidah itu menyelar tindakan UMNO dan KP UMNO, Dr Akmal, dalam isu stoking yang ada kalimah Allah.
Isu kalimah Allah yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya bukanlah isu politik atau isu mendapatkan political milegae.
Ia adalah isu penghinaan kepada kalimah Allah dan maruah umat Islam.
Sepatutnya, Rafidah membuat teguran dan menasihatkan Dr Mahathir yang tidak henti-henti menabur bukan hanya pasir tetepai racun dalam periuk nasi orang.
Bukan seorang yang kena, tetapi sudah terlalu ramai.
Tetapi, Rafidah tetap Rafidah, walau pun sudah tidak relevan.
Rafidah Sepatutnya Tegur Mahathir Yang Menabur Racun Dalam Periuk Nasi Orang
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ramadhan Sudah Berlalu, Cuti Raya Sudah Habis, Apa Lagi Alasan Rafizi
- Walau Terkurung Di Penjara, Najib Tetap Nombor Satu Di Hati Rakyat
- Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat