Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat

Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat

Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat

 

Bagi pembenci DS Najib, perkara yang paling ditakuti mereka adalah sekiranya DS Najib dikeluarkan dari Penjara Kajang.

Tidak kiralah sama ada DS Najib mendapat pengampunan atau menjalani hukuman tahanan di rumah, bagi mereka, ianya mestilah dihalang.



Mereka juga sedar, mereka mewakili kelompok kecil dari rakyat Malaysia.

Dan penyokong DS Najib pula adalah golongan majoriti di kalangan rakyat Malaysia.

Fakta yang sengaja pembenci DS Najib cuba nafikan, walau pun tahu ianya adalah realiti adalah populariti DS Najib semakin hari semakin melonjak walau pun terkurung di penjara.

Jadi tidak hairanlah, DS Najib tetap diserang dan difitnah.



DS Najib sebenarnya tidak berada di dalam Penjara Kajang, DS Najib mendapat layanan yang cukup istimewa di dalam penjara kata mereka.

Yang menghairankan penulis, pihak yang cuba meniupkan api fitnah itu, tidak pernah walau pun sekali menjejakkan kaki di Penjara Kajang.

Dari mana mereka mendapat maklumat tersebut, penulis tidak tahu, tapi mungkin dari telekan dalam mangkuk.

Persoalannya, kenapakah DS Najib tetap di hati rakyat walau pun beliau terkurung di penjara.



Sebenarnya, rakyat marhaen tidak kisah, parti apa yang memerintah atau siapa yang menjadi perdana menteri.

Yang rakyat kisah adalah bagaimana mereka akan menjalani kehidupan harian mereka dan mampukah pemimpin membantu mereka.

Tidak dapat dinafikan, ketika DS Najib mentadbir negara, keadaan ekonomi negara sangat stabil.

Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat (3)



 

Secara perbandingan, purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama setiap tahun di era DS Najib adalah 5.7%.

Manakala purata pertumbuhan KDNK di era selepas DS Njib adalah 3.78%.

Nilai matawang Ringgit di era DS Najib pula adalah sekitar RM3.8 bagi setiap USD1.



Tetapi melalui semakan nilai Ringgit terkini adalah sekitar RM4.7 bagi setiap USD1.

Dan hutang luar di era DS Najib pula hanyalah sekitar RM686.8 bilion, tetapi hari ini ianya sudah melonjak kepada RM1.2 trilion.

Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat (2)

 



Dengan kadar matawang Ringgit yang semakin lemah dan peningkatan hutang luar negara melebihi 100%, setiap rakyat Malaysia menanggung RM35,7706 hutang negara.

Berbanding di era DS Najib, hutang bagi setiap rakyat hanyalah sekitar RM21,476.

Hutang ini kita bayar melalui peningkatan cukai dan pengurangan subsidi dari kerajaan.

Manakala penjawat awam pula, ianya terpaksa dibayar dengan pemansuhan skim pencen yang sebelum ini dinikmati oleh senior mereka.

Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat (1)

 

Manakala kejatuhan nilai matawang Ringgit pula akan menjejaskan kuasa membeli rakyat.

Nilai matawang Ringgit yang lemah berbanding matawang utama dunia akan menyebabkan harga impot barangan melonjak.

Ini akan menyebabkan kos kehidupan rakyat melonjak naik dan keupayaan membeli rakyat semakin menurun

Keadaan ini mampu menjejaskan peniaga kecil dan sederhana yang selama ini bergantung hidup melaluinya.

Ianya dapat dilihat dengan jelas apabila peniaga kecil di bazar Ramadhan dan peniaga yang menjual barangan persediaan Hari Raya mengalami kerugian.

Buka rakyat tidak mahu membeli, tetapi dengan pendapatan yang ada sekarang, hanya cukup untuk menjelaskan komitmen bulanan rakyat yang lebih penting.

Ironiknya, walau pun kerajaan mengumumkan pengukuhan ekonomi negara, tetapi kehidupan rakyat semakin terhimpit.

Kini baharulah rakyat yakin, hanya DS Najib yang mampu menerajui ekonomi negara dengan baik kerana ianya sudah terbukti.

 

Kenapa DS Najib Tetap Berada Di Hati Rakyat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading