Apa Kesudahan Siasatan Ke Atas Tony Pua Yang Menghina YDP Agong?

Apa Kesudahan Siasatan Ke Atas Tony Pua Yang Menghina YDP Agong

Apa Kesudahan Siasatan Ke Atas Tony Pua Yang Menghina YDP Agong?

 

Ahli Parlimen Petaling Jaya (PKR), Lee Chean Chung, berkata siasatan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal, mengenai isu boikot Pasaraya KK Mart adalah bukti kerajaan tidak pilih kasih.

Sebelum itu, Dr Akmal telah disiasat oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.



Ianya berkaitan dengan seruan Dr Akmal supaya rakyat terus memboikot Pasaraya KK Mart.

“Hakikat bahawa Akmal disiasat polis adalah bukti kerajaan perpaduan telah mengambil pendirian tegas tanpa rasa takut atau pilih kasih.”

“Kerajaan mahir dalam meredakan banyak isu agama dan kaum.”

“Agar ianya tidak diambil kesempatan oleh mereka yang ingin meraih modal politik dengan agenda perpecahan mereka.”



Bagi penulis, adalah menjadi hak kerajaan untuk menyiasat siapa sahaja yang dirasakan bersalah.

Namun dari satu sudut, kuasa kerajaan untuk menyiasat mestilah dilakukan dengan telus dan tidak bersikap pilih kasih.

Persoalan yang bermain di fikiran penulis adalah, apa pula kesudahan ke atas siasatan yang telah dibuat ke atas ahli politik DAP, Tony Pua.

Untuk rekod, pihak polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Tony Pua yang didakwa memperlekehkan kuasa pengampunan YDP Agong.



Tony Pua telah disiasat di bawah akta yang sama ke atas Dr Akmal, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan sudah pun dimulakan pada awal bulan Februari yang lepas.

Menurut Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata pihaknya menerima laporan berhubung kenyataannya yang dimuat naik di Facebook.

“Kenyataan dibuat bersifat menghasut orang ramai supaya membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.”



“Ia berkaitan dalam menjalankan bidang kuasanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.”

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” jelas Razarudin.

Jadi, apa kesudahan siasatan ke atas Tony Pua?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button