Fakta Kes 1MDB Yang Ramai Buat Buat Tak Tahu

Fakta Kes 1MDB Yang Ramai Buat Buat Tak Tahu

Fakta Kes 1MDB Yang Ramai Buat Buat Tak Tahu

 

Masih ada yang beranggapan bahawa DS Najib telah menyebabkan 1MDB dan negara hilang berpuluh-puluh bilion.

Mereka masih lagi percaya DS Najib curi duit 1MDB berbilion ringgit untuk beli bag tangan, barang kemas dan cincin merah jambu.



Tetapi realitinya ialah mahkamah berulang-kali putuskan bahawa kesemua dana dan barang kemas yang dirampas dari DS Najib bukan berasal dari 1MDB.

Atau dari aktiviti haram dan telah semuanya dikembalikan kepada DS Najib.

Malah kebanyakkannya ialah hadiah yang dikumpul keluarga DS Najib sejak berpuluh tahun dahulu atau merupakan milik besan DS Najib.

Malah dana RM114 juta yang turut dikembalikan merupakan dana PRU14 UMNO.



Kerajaan PH1.0 juga telah mengesahkan dalam Dewan Rakyat pada tahun 2019 bahawa isteri DS Najib tidak membeli cincin merah jambu.

Manakala RM2.6 bilion yang sering dimainkan juga telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima.

Dan ianya disahkan beberapa kali dalam mahkamah.

Turut disahkan juga ialah DS Najib telah menerima sekurang-kurangnya RM640 juta dari Arab Saudi termasuk pindahan terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi.



Mahkamah juga sahkan bahawa hampir semua dana yang diterima DS Najib dalam akaunnya juga digunakan untuk sedekah dan kerja CSR secara terus atau melalui parti politik.

DS Najib juga telah dipenjarakan bagi kes SRC bukan sebab dia curi RM42 juta.

Tetapi hakim kata ianya bukan hak Najib sedekahkan RM42 juta tersebut biarpun dana itu sebenarnya telah dilulus dan dibayar kepada Ihsan Perdana untuk kerja CSR.

Hampir kesemua dana 1MDB yang disyaki hilang juga telah dikembalikan melalui pelbagai perjanjian-perjanjian penyelesaian dengan pihak-pihak lain.



Di manakah asasnya bila DS Najib yang curi tetapi orang lain yang bayar?

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama

 

1MDB juga telah memberi manfaat kepada negara melalui:

  • penyelesaian perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelan yang jimatkan kerajaan sebanyak RM18b setahun
  • pembinaan atau naik taraf 8 pangkalan anggota keselamatan termasuk pangkalan terbesar negara di Sendayan
  • pembinaan sistem terowong 5km di bawah pusat bandar dalam rancangan untuk mengurangkan kesesakan trafik sebanyak 30%
  • projek TRX bernilai RM40b yang merupakan hab kewangan antarabangsa negara
  • projek Bandar Malaysia bernilai RM140b
  • tanah-tanah Pulau Pinang bernilai RM2b

Itulah realitinya.



DS Najib telah berulang-kali tulis benda-benda seperti di atas.

Tetapi tidak sekali pun seteru DS Najib atau pihak mahkamah sangkal, bantah atau tuduh DS Najib berbohong.

Fikir-fikirkan.

Adilkah DS Najib menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kerja kebajikan yang beliau lakukan?



Kini, semua projek yang DS Najib asaskan diakui memberi munafaat besar kepada negara dan rakyat oleh pihak yang satu masa dahulu mengecamnya.

Malah ada antara projek tersebut sudah sempurna dan hasilnya sudah pun dituai dan dinikmati oleh pihak yang mengecamnya.

Manakala DS Najib yang mengusahakan segala-galanya terus terpenjara.

Lebig menyedihkan lagi dikatakan ihsan YDP Agong memberikan beliau keringanan hukuman tahanan rumah juga cuba dinafikan.

Apakah negara kita sudah kehabisan orang yang waras?

Atau nikmat keadilan telah Alla SWT cabut hingga ke akar umbi dari bumi bertuah ini?

Mengapa terus mengecam, menafikan keadilan untuk orang yang telah banyak berjasa kepada kita?

Di hari baik dan bulan baik ini, sama-samalah kita membuka mata hati untuk melihat kebenaran yang selama ini sengaja dinafikan.

Ingat, doa orang yang teraniaya itu tiada hijab, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan dan kifarah Allah SWT itu pasti dan wajib akan berlaku.

 

Fakta Kes 1MDB Yang Ramai Buat Buat Tak Tahu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading