12 kes pecah rumah di Terengganu musim perayaan

Oleh – Syeikh Baran


12 kes pecah rumah di Terengganu musim perayaan
Anggota polis sedang memantau sebuah rumah yang didaftarkan dalam sistem VSP oleh penghuninya yang pulang beraya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Sebanyak 12 kes pecah rumah dilaporkan di seluruh Terengganu sepanjang musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua rumah yang dipecah masuk itu tidak didaftarkan dengan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) oleh penghuni yang pulang beraya.



“Setakat ini, 12 kes pecah rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Op Selamat dari 8 hingga 13 April itu sedang disiasat dengan suspek masih dikenalpasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, begitupun, tiada satupun 490 rumah yang berdaftar dengan VSP di negeri ini dipecah masuk penjenayah dalam tempoh sama.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai mengambil serius memanfaatkan sistem VSP setiap kali pulang beraya pada masa depan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading