Bayi 6 bulan maut di tangan bapa kandung

Oleh – Syeikh Baran


Bayi 6 bulan maut di tangan bapa kandung
Gambar Hiasan

Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah pangsapuri sekitar Bandar Tasik Kesuma, Beranang, di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa kandung bayi berkenaan kira-kira pukul 8.52 pagi.



“Hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada kecederaan dikesan pada badan mangsa sebelum dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Nasir, bayi malang tersebut mengalami kecederaan pada kepala dan hanya dapat dikesan selepas menjalani bedah siasat.



“Bertindak atas maklumat, kita menahan bapa warga tempatan yang berusia 25 tahun di pekarangan Forensik Hospital Kajang sekitar pukul 11.30 malam hari sama.

“Suspek positif dadah jenis syabu manakala permohonan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes, ASP Vekram A/L Sinnaiah di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading