Majlis Keselamatan PBB undi keahlian Palestin esok

Oleh – Syeikh Baran


Majlis Keselamatan PBB undi keahlian Palestin esok
Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya di New York pada 14 April lalu. – AFP

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota penuh badan dunia itu esok, demikian menurut beberapa sumber diplomatik.

Di tengah-tengah konflik serangan tentera Israel di Gaza, Palestin pada awal April lalu memperbaharui permohonan keahlian yang pertama kali dibuat kepada PBB pada 2011.



Amerika Syarikat (AS) yang memegang kuasa veto berulang kali menyatakan bantahan terhadap cadangan itu.

Perhimpunan Agung PBB boleh menerima negara anggota baharu dengan undi majoriti dua pertiga, tetapi hanya selepas Majlis Keselamatan memberikan cadangannya.

“Keanggotaan dalam PBB adalah langkah penting ke arah yang tepat dan penyelesaian adil bagi isu Palestin, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan,” kata kenyataan dikeluarkan blok Kumpulan Arab.

Palestin, yang mempunyai status pemerhati PBB sejak 2012 telah melobi selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keahlian penuh.



“Kami berusaha untuk memohon keanggotaan (penuh). Ia adalah hak kami yang sah,” kata Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour.

Menurut Palestin, 137 daripada 193 negara anggota PBB sudah mengiktiraf negara Palestin dan ia memberi harapan bahawa permintaan mereka akan disokong dalam Perhimpunan Agung.

Bagaimanapun, desakan Palestin berdepan halangan besar kerana AS selaku sekutu terdekat Israel akan menggunakan kuasanya dari menghalang cadangan itu. – AFP

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading