Pemandu jengkaut bunuh ahli politik terlepas hukuman mati

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu jengkaut bunuh ahli politik terlepas hukuman mati
Pegawai penjara membawa Zulhisham Fadly (tengah) ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Seorang pemandu jengkaut terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu di sini hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah membunuh Ketua Wanita UMNO Cawangan Bakau Tinggi, 16 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara mengetepikan hukuman mati terhadap Zulhisham Fadly Mohamad, 43.



“Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan dari tarikh tangkap (21 April 2008),” ujar Maimun.

Zulhisham Fadly sebelum ini telah merayu kepada Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Jenayah pada 17 Jun 2014, namun rayuannya itu ditolak dan hukuman mati dikekalkan.

Tertuduh turut membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan mahkamah itu menolak rayuan tersebut pada 7 September 2015 dengan mengesahkan sabitan dan hukuman mati.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fuad Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili Mazlan Md. Zain.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading