Ular ditemui dalam ‘bullet train’

Oleh -Syeikh Baran


Ular ditemui dalam ‘bullet train’
SEJUMLAH penumpang menunggu ketibaan ‘bullet train’ di Stesen Tokyo hari ini. – Foto AFP

Seekor ular sepanjang kira-kira 40 sentimeter ditemui di dalam kereta api berkelajuan tinggi, ‘bullet train’ sejurus ia tiba di Stesen Tokyo pada petang semalam, lapor agensi berita Kyodo.

Insiden itu menyebabkan kelewatan operasi buat seketika.



Pada mulanya, kelibat ular itu dilihat oleh seorang penumpang kereta api tersebut yang berlepas dari bandar Nagoya di tengah Jepun. 

Seorang kakitangan pengendali pengangkutan awam itu berjaya menangkap reptilia tersebut dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa tempatan.

Ular itu ditemui dalam salah satu daripada 16 gerabak ‘bullet train’ tersebut, manakala tiada penumpang yang cedera.

Syarikat pengendali kereta api itu memutuskan untuk tidak menggunakan tren tersebut untuk perjalanan seterusnya ke Osaka di barat Jepun.



Sebaliknya, sebuah kereta api lain digunakan, yang mengakibatkan kelewatan selama 17 minit. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button