Lelaki temui wang bertaburan atas jalan

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki temui wang bertaburan atas jalan
Tindakan Farid untuk memulangkan wang yang ditemui bertaburan di atas jalan raya mendapat pujian dari ramai netizen kerana sikapnya yang jujur. – UNDERCOVER

Seorang penunggang motosikal menemui wang tunai bertaburan di tengah jalan di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Lelaki dikenali sebagai Farid M Miftah berkata, dia melihat wang itu jatuh dari beg penunggang motosikal yang lain.



Kejadian berlaku ketika Farid menunggang motosikal yang dinaiki bersama isteri serta anaknya.

Dia kemudian melihat beg seorang penunggang lain terbuka sebelum wang daripada begnya jatuh bertaburan di atas jalan.  

Farid dan beberapa penunggang lain kemudian mengejar pemilik wang berkenaan, tetapi tidak berjaya.

Disebabkan itu, Farid mengutip wang tersebut dan mahu memulangkan semula kepada pemiliknya.



Dia mencari pemilik wang itu menerusi platform-platform media sosial dan meminta bantuan netizen untuk menyebarkan maklumat tersebut. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading