Penduduk gempar gajah sarkas berkeliaran

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk gempar gajah sarkas berkeliaran
Viola diikuti oleh pengendalinya ketika melepasi pintu hadapan kasino – NBC Montana

Seekor gajah dirakam berkeliaran di tengah bandar Butte, Montana dengan melintasi kenderaan yang lalu-lalang, lapor portal berita MailOnline. 

Menurut laporan, gajah dinamakan Viola itu melarikan diri dari kumpulan sarkas yang menjelajah Montana sepanjang bulan April.



Berdasarkan rakaman video, pengguna jalan utama di Butte terkejut melihat gajah tersebut yang berjalan sambil menghentak kaki.

Ia diikuti rapat oleh kakitangan sarkas yang membawa sebatang kayu besar. 

Kakitangan tersebut kemudian menjelaskan bahawa Viola melarikan diri dari kandang kerana takut melihat lori yang secara tiba-tiba berundur ketika ia dimandikan.

Menurut Persatuan Kebajikan Haiwan Persembahan, ia merupakan insiden kedua di mana gajah melarikan diri dari Jordan World Circus. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading