Calon wakili Kerajaan Perpaduan, bukan atas nama parti

Oleh – Syeikh Baran


Calon wakili Kerajaan Perpaduan, bukan atas nama parti
Pengerusi penyelarasan gerak kerja jentera Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Pengerusi penyelarasan gerak kerja jentera Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata calon dipertandingkan mereka nanti akan mewakili Kerajaan Perpaduan dan bukan atas nama parti dalam gabungan itu.

Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, calon berkenaan sedang dikenal pasti.



“Calon itu daripada Kerajaan Perpaduan, bukan calon dianggap atas nama parti… kita akan memperkenalkan calon itu (sebagai) calon Kerajaan Perpaduan.

“Sesiapa pun yang masuk gelanggang tentunya dengan hasrat untuk menang. Jadi, kita akan susun gerak kerja dan program-program yang baik untuk meyakinkan rakyat dan membawa misi politik yang baik, iaitu ‘politik kesederhanaan’ daripada Kerajaan MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program rintis ‘Artificial Intelligence Sandbox 2024’ antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan NVIDIA di Taman MRANTI, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Zambry berkata, pihaknya juga telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi PRK itu untuk melihat keadaan semasa Kuala Kubu Bharu, dengan mengambil kira aspek jumlah pengundi, kedudukan lokaliti dan taburan penduduk.



“Paling mustahak adalah untuk kita membawa mesej kerajaan ini, iaitu membawa ‘politik kesederhanaan’. Itu ialah moto kita yang paling mustahak,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, memutuskan Zambry dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim, diberikan tanggungjawab bersama menjadi Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Bharu.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan dengan 27 April sebagai hari penamaan calon. – BERNAMA



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading