Detik hitam diculik, dikurung 3 lelaki

Oleh – Syeikh Baran


Detik hitam diculik, dikurung 3 lelaki
Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menculik dan memeras ugut seorang perunding hutang. Ihsan IPD Sungai Buloh

Seorang perunding hutang menempuh detik hitam apabila dia diculik dan dikurung selama beberapa jam oleh tiga lelaki di sebuah premis sekitar Puncak Alam, di sini sebelum diselamatkan oleh sepasukan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Asisten Komisioner Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang juga majikan mangsa jam 10.46 malam kelmarin.



“Pengadu melaporkan mangsa berusia 20-an berjumpa dengan seorang wanita tempatan berkaitan urusan hutang milik syarikat pengadu.

“Susulan itu, mangsa menghubungi pengadu dan menyatakan bahawa dirinya ditahan, dipukul, diikat dan dilarikan oleh beberapa orang lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa mendakwa suspek terbabit merampas wang tunai RM2,000 daripada pekerjanya itu dan meminta wang tebusan berjumlah RM7,000 sebelum melepaskan mangsa.

Katanya, bertindak atas maklumat pihaknya menjalankan operasi mengesan mangsa dan berjaya menjejak lokasi suspek berkenaan lalu melakukan serbuan jam 1.20 pagi semalam.



“Serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sekitar kawasan Puncak Alam, Selangor.

“Dalam serbuan itu didapati mangsa sedang berada dalam tahanan suspek berkenaan dan polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30an hingga 40an,” katanya.

Mohd Hafiz berkata, polis turut merampas beberapa barang kes antaranya kereta Honda, telefon bimbit dan kad pengeluaran wang automatik (ATM).

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan jenayah lampau dan satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



“Kesemua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading