Ops Lalang: Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf

Ops Lalang Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf

Ops Lalang: Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf

 

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus, menggesa agar kerajaan hari ini memohon maaf secara terbuka atas Operasi Lalang (Ops Lalang).

Menurut beliau, operasi itu tidak akan berlaku jika Perlembagaan Persekutuan dihormati.



Ops Lalang berlaku pada 1987 ketika Dr Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri.

Seramai 106 aktivis, wartawan dan ahli politik pembangkang ketika itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beberapa tahanan telah tampil dan berkata bahawa mereka dipukul dan melalui penyeksaan mental.

Pada 2017, Dr Mahathir mengaku bertanggungjawab atas peristiwa itu tetapi tidak meminta maaf, menegaskan ia bukan keputusannya.



Hishamudin juga merujuk krisis kehakiman 1988 sebagai satu lagi peristiwa memalukan yang tidak boleh dilupakan.

Dr Mahathir adalah perdana menteri ketika krisis kehakiman itu dan dia dikecam susulan pemecatan hakim yang mengisytiharkan UMNO sebagai haram.

Bagaimanapun, dia mendakwa dia hanya bertindak atas arahan YDP Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Ismail.

Namun, anakanda Sultan Iskandar, Tunku Abdul Majid Idris, berkata Dr Mahathir menggunakan ayahandanya untuk memecat ketua hakim negara, Salleh Abbas.



“Dua episod memalukan di atas tidak boleh dilupakan kerana ia adalah pengajaran untuk dipelajari.”

“Kita sebagai sebuah negara tidak boleh membenarkan satu lagi Operasi Lalang berulang.”

“Kita sebagai sebuah negara mesti memastikan bahawa tidak akan pernah berlaku serangan yang memalukan terhadap badan kehakiman kita,” jelas Hishamuddin.

Penulis berpendapat, sebelum Hishamuddin menggesa kerajaan memohon maaf secara terbuka, beliau terlebih dahulu perlu menggesa Dr Mahathir untuk meminta maaf.



Kerana Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab mencabuli hak asasi manusia dan juga sistem perundangan dalam kedua-dua isu tersebut.

Benar, di era Abdullah Badawi menjadi perdana menteri, kerajaan telah memohon maaf dalam isu krisis kehakiman.

Sekiranya kerajaan hari ini memohon maaf dalam isu Ops Lalang, ianya akan membuatkan Dr Mahathir terus dilihat suci!!!

Ops Lalang: Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading