Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah

 

Akhirnya persoalan yang berlegar di minda rakyat mengenai siapakah saksi kritikal yang dikatakan oleh peguambela DS Najib, Shafee Abdullah terjawab.



Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid Hamidi, akhirnya memberikan afidavit yang menyokong dakwaan DS Najib kepada Mahkamah Tinggi.

Dalam afidavit tersebut, DS Zahid mengakui beliau telah melihat dan membaca dalam waktu yang mencukupi untuk memahami titah adendum tersebut.

Dalam afidavit yang sama, DS Zahid juga sudah mengesahkan kewujudan titah adendum tahanan rumah DS Najib yang telah dikeluarkan oleh YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah.

Tidak lama selepas itu, Menteri MITI, Tengku Zafrul, pula membuat kenyataan akan memohon supaya mahkamah memberikan kebenaran untuk beliau memberikan afidavit.



Menurut Tengku Zafrul, terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dalam afidavit yang diberikan oleh DS Zahid.

Namun begitu, Tengku Zafrul menyatakan, tujuan afidavit beliau bukanlah untuk mencabar merit isu tersebut.

Keadaan semakin berpusing-pusing dan ini telah menyebabkan timbul pelbagai spekulasi dari rakyat yang mahukan kebenaran.

Timbul persoalan, adakah pihak yang mengeluarkan titah afidavit tersebut, Al Sultan Abdullah, boleh dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah?



Peguam Kanan Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah

 

Bagi menjawab persoalan ini, peguam kanan, Haniff Khatri, mendakwa sultan boleh dipanggil melalui wakil baginda untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Namun kerana kedudukan baginda sebagai sultan, maka secara protokol, kehadiran baginda melalui wakil yang baginda lantik boleh memberikan keterangan di mahkamah.



Untuk mengelakkan dari rakyat terus berspekulasi, ada baiknya pihak mahkamah memanggil wakil baginda Al Sultan Abdullah untuk memberikan keterangan.

Namun begitu, terpulang kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan tersebut.

Isu ini mesti ditangani dengan bijak dan dengan seberapa segera yang mungkin.

 



Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button