Titah Adendum: Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Titah Adendum YDP Agong
Titah Adendum: Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Titah Adendum YDP Agong
Titah adendum YDP Agong dalam pengampunan Di Raja kepada DS Najib, telah menraik perhatian banyak pihak.
Ramai yang mempersoalkan mengapa dalam siaran media Lembaga Pengampunan tidak diberitahu mengenai kewujudan titah adendum tersebut.
Bukankah titah adendum tersebut bertarikh 29 Januari 2024, tarikh yang sama Lembaga Pengampunan bersidang?
Jabatan Peguam Negara pula memberikan alasan, titah tersebut dikeluarkan selepas Lembaga Pengampunan bersidang.
Oleh kerana ianya tidak dibincangkan dalam persidangan Lembaga Pengampunan, maka Peguam Negara telah membantah.
Persoalannya, bukankah di dalam perlembagaan kuasa menangguh, meringankan dan memberikan pengampunan adalah prerogatif YDP Agong.
Sama ada ianya dibincangkan atau tidak oleh Lembaga Pengampunan, YDP Agong mempunyai kuasa mutlak dan tidak terikat dengan keputusan Lembaga Pengampunan.
Oleh kerana isu tersebut sudah pun difailkan di mahkamah untuk semakan kehakiman, kita biarkan mahkamah membuat keputusan.
Namun, ada isu yang lebih besar dalam isu yang sedang dibahaskan secara umum sekarang.
Ini bukan lagi isu titah adendum yang diingkari, tetapi lebih dari itu, bolehkah pihak yang mengingkarinya dianggap derhaka kepada YDP Agong?
Pada pandangan penulis, pihak yang sengaja menyembunyikan titah tersebut, secara jelas sudah menderhakai bukan sahaja YDP Agong, malah kesemua Raja Raja Melayu.
YDP Agong dipilih atas persetujuan dan mandat sembilan orang Raja Raja Melayu.
Baginda YDP Agong mewakili 9 orang Raja Raja Melayu dalam menjalankan tugas baginda sebagai Ketua Utama Negara.
Menderhaka kepada baginda YDP Agong adalah juga bermaksud menderhakai institusi Raja Raja Melayu.
Bukankah prinsip kedua Rukun Negara adalah Kesetiaan Kepada Raja & Negara?
Isu kedua adalah isu melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Bukankah dengan jelas dan nyata, Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa pengampunan kepada YDP Agong.
Dan ianya tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Sekiranya pendapat penulis ini betul, pihak yang menyembunyikan titah adendum tersebut sudah melakukan dua kesalahan yang sangat serius.
Apa tindakan kerajaan?
Titah Adendum: Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Titah Adendum YDP Agong
Di Syorkan Untuk Anda:
- DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud
- Amerika Minta Iran Benarkan Israel Serang Balas Demi Menjaga Maruah Israel
- Bila Mahathir Mula Meroyan