Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib

Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib

Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib

 

Ketika bekas Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri, menjadi perdana menteri, tular perjanjian sulit beliau dengan pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin.

Perjanjian itu dibuat dan disaksikan serta turut ditandatangani oleh bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa dan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin.



Perjanjian sulit itu dibuat untuk memberikan laluan kepada Ismail Sabri untuk menjadi perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin yang dijatuhkan.

Antara kandungan yang paling penting dalam perjanjian itu adalah Ismail Sabri mesti menyegerakan proses perbicaraan kes SRC DS Najib.

Dan yang paling penting adalah Ismail Sabri mesti memastikan DS Najib masuk ke penjara dengan segera.

Dalam artikata lain, perancang utama kepada sabitan kesalahan dan hukuman penjara adalah Muhyiddin.



Manakala Ismail Sabri pula rela menjadi budak suruhan demi jawatan perdana menteri.

Kita juga masih belum lupa bagaimana Muhyiddin menipu dengan menuduh kononnya DS Najib dan DS Zahid pernah datang berjumpa beliau ketika beliau mula-mula menubuhkan kerajaan tebuk atap.

Dakwa Muhyiddin, DS Najib dan DS Zahid berjumpa beliau adalah kononnya untuk meminta tolong beliau menggugurkan kes mahkamah.

Dan jangan lupa, Muhyiddin juga terlibat secara aktif dan langsung cubaan 5 Tan Sri untuk menjatuhkan DS Najib ketika DS Najib masih menjadi perdana menteri.



Itulah gambaran dendam kesumat dan kebencian Muhyiddin terhadap DS Najib.

Tetapi kini, secara tiba-tiba, Muhyiddin cuba menonjolkan watak sebagai seorang yang terpaling membela DS Najib.

Muhyiddin berkata isu titah adendum YDP Agong adalah isu integriti dan soal menjunjung titah YDP Agong.

Apakah Muhyiddin lupa beliau pernah menderhaka kepada YDP Agong dalam isu membatalkan darurat?



Manakala Hamzah Zainuddin pula meminta kerajaan bersikap jujur dalam isu titah adendum pengampunan DS Najib.

Persoalannya, adakah Hamzah sendiri jujur dalam mempersoalkan kejujuran kerajaan dalam isu titah adendum YDP Agong?

 

Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button