Wanita Ini Dedah Ruhainies ‘Plan’ Jahat Mahu Jatuhkan Bella Astillah?

“Hati Saya Hancur Kerana Percaya Aliff Aziz”

Wanita Ini Dedah Ruhainies ‘Plan’ Jahat Mahu Jatuhkan Bella Astillah?

Wanita Ini Dedah Ruhainies ‘Plan’ Jahat Mahu Jatuhkan Bella Astillah?

Tiada angin tiada ribut, muncul pula episod baru skandal curang pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz selepas seorang wanita tampil membuat pengakuan mengejutkan di media sosial.

Wanita Ini Mengaku Sebagai Kekasih Aliff Aziz?

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menyatakan bahawa dia adalah kekasih kepada Aliff sejak Januari lalu serta menjadi tempat mengadu oleh Aliff yang sering berkongsi mengenai rumah tangganya bersama pelakon, Bella Astillah yang sedang bergolak.



“Saya mula rapat dengan Aliff sejak awal Januari 2024 apabila selalu berhubungan di laman sosial kerana Aliff mengadu mengenai hubungannya dengan isteri (Bella) tidak baik. Dan selalu meminta nasihat dan moral support daripada saya..”-dedah Sarah di Instagram

Terbaca Perbualan Aliff Dengan Ruhainies

Tambahnya lagi, Aliff turut menumpang di kediamannya selama sebulan sepanjang penggambaran drama berkenaan tanpa pengetahuan Bella dan Ruhainies

Namun, malang menimpa wanita ini apabila terbaca perbualan Aliff bersama Ruhainies yang kelihatan seperti pasangan kekasih di saat dirinya masih berhubungan bersama aktor berkenaan.

“Sudah menjadi kebiasaan untuk saya caj telefon Aliff dan kebetulan pagi itu telefon Aliff terlupa di lock dan masih menyala. Saya mengambil telefon Aliff dan melihat perbualannya di WhatsApp bertulis nama ‘NRF’ iaitu perempuan yang ditangkap khalwat bersama dia.



Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya.”-tulis Sarah

Dalam pada itu, wanita ini turut mengakui terkejut apabila melihat perancangan jahat Ruhainies yang mahu membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.

“Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk melindungi Ruhainies dan semua yang Aliff lakukan adalah dengan kata-kata dan suruhan Ruhainies, (nampak macam Aliff dah kena brain-wash).-“dedah Sarah

 



Wanita Ini Dedah Ruhainies ‘Plan’ Jahat Mahu Jatuhkan Bella Astillah?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button