EPL: Rasa kecewa bantu Arsenal menang
EPL: Rasa kecewa bantu Arsenal menang
LONDON – Arsenal segera menyerlahkan kebangkitan untuk memberikan saingan dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tundukkan Wolverhampton 2-0 di Stadium Molineux awal pagi semalam.
Keputusan itu sedikit mengubat kegagalan di Liga Juara-Juara dan kekal memberikan tekanan kepada pencabarnya untuk mengelak kekecewaan musim lalu berulang sekali lagi.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji karakter yang dipamerkan oleh para pemainnya yang mempamerkan keinginan besar untuk memburu peluang terakhir menjulang gelaran menerusi trofi EPL.
“Pasukan menunjukkan perwatakan sebenar selepas mengharungi kekecewaan kerana ini adalah peluang terbaik kembali ke puncak dengan baki lima perlawanan lagi. Sudah pasti bukan mudah untuk berada di kedudukan sekarang kerana banyak pasukan yang tercicir mata di gelanggang ini.
“Kami berhak untuk menang dan menamatkan perlawanan tanpa bolos. Jaringan pertama menghadirkan ketenangan hingga memastikan satu lagi jaringan mampu dihasilkan.
“Kami memiliki beberapa peluang, tetapi gagal disudahkan dengan baik. Namun, saya fikir kejayaan ini sudah pun menghadirkan kegembiraan buat pasukan,” katanya.
Pada perlawanan kali ini, Arsenal langsung tidak beri ruang kepada Wolves dan memperoleh dua gol penting menerusi Leandro Trossard and Martin Odegaard.
Sebelum ini, The Gunners tewas 0-2 Aston Villa dan kekecewaan itu berterusan apabila kalah 2-3 secara agregat kepada Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara. – AGENSI
EPL: Rasa kecewa bantu Arsenal menang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Kegagalan Mematuhi Titah Di Raja Ke Atas Institusi YDP Agong Dan Raja Raja Melayu
- Jika UMNO Boleh Berkerjasama Dengan DAP, Mengapa Tidak MCA
- Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh