Bomba terpaksa dipanggil bantu murid kaki tersepit di besi longkang

Oleh – Syeikh Baran


Bomba terpaksa dipanggil bantu murid kaki tersepit di besi longkang
Anggota bomba mengeluarkan kaki murid yang tersepit di celah besi penutup longkang di Kampung Baru, Bintulu hari ini. FOTO IHSAN JBPM

Khidmat khas bomba terpaksa digunakan bagi mengeluarkan kaki murid lelaki yang tersepit di celah besi longkang di Bintulu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.50 tengah hari.



Menurutnya, sepasukan 10 anggota termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Kampung Baru Masjid Darul Salam.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan ‘rescue tool’ bagi memotong besi itu sehingga berjaya mengeluarkan kaki murid terbabit,” katanya.

Menurutnya, murid terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading