Perang Israel-Palestin memasuki 200 hari, bertambah buruk

Oleh – Syeikh Baran


Perang Israel-Palestin memasuki 200 hari, bertambah buruk
Imej satelit oleh Maxar Technologies menunjukkan khemah untuk pelarian Palestin yang dipindahkan di Rafah di selatan Semenanjung Gaza, yang kini menjadi sasaran terbaharu serangan Israel. – Foto AFP

Serangan tentera Israel yang memusnahkan Semenanjung Gaza memasuki hari ke-200 semalam, dengan regim Yahudi kini mahu menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang hilang tempat tinggal.

Sejak Oktober tahun lalu, tentera Israel membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu (AA).



Menurut Pejabat Media Kerajaan berpangkalan di Gaza, tentera Israel melakukan 3,021 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga warga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza sejak serangan Israel bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Ia berkata, sekurang-kurangnya 485 petugas perubatan, 66 petugas pertahanan awam, 140 wartawan dan 224 petugas bantuan kemanusiaan dalam kalangan warga Palestin menjadi mangsa.

Lebih 7,000 warga Palestin masih hilang di bawah runtuhan rumah yang musnah di seluruh Palestin, menurut pejabat itu

Lebih daripada dua juta warga Palestin menderita akibat keadaan kesihatan dan kehidupan dalam suasana bencana, terutamanya mereka yang tinggal di pusat perlindungan, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)



Semenanjung Gaza bertukar kepada kawasan yang musnah dalam sekala besar akibat pengeboman Israel tanpa henti selama 200 hari.

Menurut imej satelit oleh Universiti New York, lebih daripada 56 peratus bangunan di Gaza sama ada musnah atau rosak selain daripada kemudahan prasarana.

Angka rasmi Palestin menganggarkan 60 peratus daripada kediaman di seluruh Gaza dan lebih 80 peratus kemudahan komersial rosak.

Pejabat Media Kerajaan itu berkata tentera Israel menembak hampir 75,000 tan bahan letupan di seluruh Semenanjung Gaza yang meninggalkan skala kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.



Ia berkata 86,000 unit kediaman musnah sepenuhnya dan 309,000 lagi rosak sebahagiannya tetapi tidak boleh dihuni. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading