Siasatan kes kapal LCS tidak pernah tutup

Oleh – Syeikh Baran


Siasatan kes kapal LCS tidak pernah tutup
Azam (duduk, tengah) bercakap pada sidang akhbar di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihak ya tidak pernah menutup siasatan berhubung kes pembelian kapal selam Scorpene dan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan sehingga kini pihaknya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat kes berkenaan.



Katanya, SPRM akan segera berkongsi maklumat kepada umum sekiranya mendapat petanda baik.

“Kes (Scorpene) masih berjalan apabila kita sebenarnya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat keterangan tentang beberapa transaksi.

“Alhamdulillah, maklum balas positif dari pihak luar negara yang memberi maklumat yang kita minta dan kehendaki. Jadi, saya akan maklumkan kemudian apabila tiba masanya jika ada petanda yang baik. Kes ini masih lagi dalam siasatan kita,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azam turut menafikan dakwaan pihak luar tentang siasatan terhadap LCS turut dihentikan.



“Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes in masih aktif diteruskan.

“Selain itu, SPRM juga sedang membuat permohonan Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) melalui pihak Jabatan Peguam Negara untuk beberapa permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button