SPRM sudah mulakan siasatan terhadap FAM

Oleh – Syeikh  Baran


SPRM sudah mulakan siasatan terhadap FAM
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan itu hanya tertumpu kepada projek pembinaan projek National Training Centre (NTC) di Putrajaya.



Menurutnya, SPRM bagaimanapun tidak akan mencampuri isu melibatkan pentadbiran badan induk bola sepak negara itu.

“Kes ini dianggap sebagai satu kes yang melibatkan kepentingan awam. Ia melibatkan pemberian wang (funding) sebanyak RM2.5 juta daripada pihak FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan ia bukan duit FAM.

“Jadi, FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sudah dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir. Pihak FIFA sudah bersetuju dengan syarikat yang berkaitan. Jika tiada kes dalam tempoh dua minggu siasatan, kita akan cakap tiada kes.

“Kalau ada kes, kita akan cakap ada kes yang menunjukkan kesalahan berlaku. SPRM akan membawa cadangan untuk pertuduhan,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang, di sini hari ini.



Terdahulu, tular di media sosial surat layang yang membangkitkan isu penyalahgunaan kuasa oleh setiausaha agung FAM, gaji, manfaat staf, isu membabitkan skuad Harimau Malaya dan projek Pusat Latihan Kebangsaan.

Susulan aduan orang ramai, Azam Baki turut mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan terhadap FAM serta mengambil beberapa fail dari Wisma FAM di Kelana Jaya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading