Beri lesen kasino di Forest City tidak benar

Oleh – Syeikh Baran


Beri lesen kasino di Forest City tidak benar
Anwar

Perdana Menteri menafikan bahawa kerajaan mengeluarkan sebarang lesen untuk menubuhkan kasino di Forest City, di Johor Bharu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, laporan portal berita antarabangsa yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) adalah tidak benar.



“Tidak ada lesen kasino, tidak betul (laporan berita berkenaan projek kasino),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Forest City di Iskandar Puteri, Johor pada mulanya dirancang sebagai projek pembangunan kediaman bersepadu. Pembinaan dimulakan pada 2006, melibatkan konsortium pemaju hartanah China.

Pemajunya, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, adalah usaha sama antara Country Garden Group dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang disokong kerajaan Malaysia.

Country Garden, sebuah syarikat di papan utama Bursa Saham Hong Kong, dan disenaraikan sebagai antara syarikat Fortune Global 500 dan adalah antara satu daripada tiga syarikat pemaju teratas China.



Visi besar projek itu adalah untuk mewujudkan kawasan perbandaran mewah untuk rakyat yang kaya daripada China.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button