Penduduk Malaysia 34 juta orang

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk Malaysia 34 juta orang
Gambar Hiasan

Penduduk Malaysia sehingga suku pertama tahun ini dianggarkan seramai 34 juta iaitu peningkatan 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 seramai 33.2 juta.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan bukan warganegara.



“Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90 peratus) warganegara dan 3.4 juta (10 peratus) bukan warganegara. Penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta daripada 17.4 juta pada suku tahun pertama 2023 dan perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada15.8 juta bagi tempoh yang sama.

“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button