Warga emas putih mata duit RM305,021 dikebas ‘pegawai polis’

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas putih mata duit RM305,021 dikebas ‘pegawai polis’
Gambar Hiasan

Seorang lelaki warga emas kerugian RM305,021 apabila wang dalam akaun miliknya dikebas sindiket panggilan palsu yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 62 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis, Januari tahun lalu.



Menurutnya, suspek mendakwa nama mangsa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan meminta mangsa membuat pembayaran untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Mangsa juga diarahkan melaporkan pergerakan setiap hari kepada suspek selain mangsa diarahkan untuk memberikan semua maklumat berkaitan perbankkan.

“Pada Januari hingga Jun 2023, mangsa telah beberapa kali memindahkan wang ke beberapa akaun sepertimana diarahkan suspek.

“Mangsa turut mendedahkan segala maklumat akaun bank serta melaporkan pergerakkan kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Mohd. Sohaimi berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas mendapati wang RM305,021 dalam akaunnya dipindahkan tanpa pengetahuan mangsa.

Ujarnya, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button