Warga emas maut kereta rempuh penghadang jalan

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas maut kereta rempuh penghadang jalan
Keadaan kereta dipandu mangsa selepas merempuh penghadang jalan di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dia pandu terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Omar Hassan, 85, yang berasal dari Kampung Baru Bukit Sireh, Kuala Krai dekat sini disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dari Bentong menghala ke Gua Musang.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai merempuh besi penghadang jalan susur Taman Damar.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat.

“Hasil proses bedah siasat mendapati, mangsa maut selepas mengalami pendarahan yang banyak akibat kecederaan paru-paru ekoran tulang selangka sebelah kirinya patah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.



Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-912 1222 atau 013-301 0408.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading