PN tutup kisah curian berbilion ringgit Janawibawa, dan menantu lari dengan gimik “Ubi kayu”

Oleh Adam Màlìk

Gimik bawa “Ubi kayu” untuk tutup kisah Scam Janawibawa berbillion ringgit dan kisah menantu lari dan kena tangkap.

Dapatkah gimik “Ubi kayu” tutup kisah curian berbillion ringgit ketika darurat dan penyelewengan Janawibawa serta kisah menantu lari?



Pada hari penamaan calon untuk PRK Kuala Kubu Baru, terlihat beberapa penyokong pembangkang terutamanya mereka mereka dari Parti Bersatu telah membawa “Ubi kayu” sebagai bahan gimik dan “propa” konon nya menyindir kepimpinan kerajaan MADANi yang makanan semaiin mahal.

Bahan makanan Alternatif yang disebut adalah “ubi kayu” sebagai gantian.

Namun, ia bukan pun satu perintah atau satu arahan, tetapi demi mahu menjadikan modal kempen maka “ubi kayu” dibawa ke tempat berkumpul penyokong Perikatan Nasional tujuan untuk menyindir kerajaan.

Kelakuan ini agak sama dan mirip penyokong DAP ketika dikempen PRK membawa “sayur kangkung” ketika hari penamaan calon Diyana Sofea di Teluk Intan.



Namun, isu sebenar dan isu yang besar adalah, Perikatan Nasional mahu menutup banyak skandal dan kisah penyelewengan pemimpin mereka ketika nentadbir negara dibawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketika darurat Covid yang dipanjangkan oleh kerajaan singkat Muhyiddin Yassin Banyak penyelewengan wang negara telah berlaku.
Ketika rakyat dikurung dalam rumah dan mengibar bendera Putih Pemimpin Parti BERSATU telah mengagih agihkan wang negara melalui skim Janawibawa.

Banyak penyelewengan telah berlaku baik dari segi penerima projek , nilai, dan mark up harga.

Selain itu pembelian barangan keperluan ketika darurat juga dipercayai banyak diseleweng oleh kepimpinan Perikatan Nasional dan Parti Bersatu.



Atas sebab ini ramai pemimpin Bersatu telah didakwa dan diseret ke mahkamah.

Parti Bersatu bernasib baik kerana penyelewengan besar perbelanjaan ketika Covid-19 dapat dihalang siasatan atas akta belanja untuk darurat.

Pemimpin pemimpin PN cuma perlu elak perbelanjaan dari dibahaskan dengan lari keluar dewan Parlimen ketika diusulkan bahas oleh Azalina Othman Said.

Maka, demi mahu buat kerja alihan, gimik bawa ubi kayu dan kisah makan ubi kayu dimainkan.



Jika rakyat masih jahil, maka sudah pasti akan melayan permainan ini tanpa sedar ini lah puak yang menyeleweng wang mereka ketika darurat mengibar bendera putih.

Kisah ulangan seperti rakyat ditipu dengan kisah 1MDB sambil aset negara dan PETRONAS dijarah oleh kerajaan 22 bulan Mahathir akibat tersalah pilih.

Mahathir, Muhyiddin dan Hadi tidak terkata dan terjawap apabila anak dan menantu mereka lari dan kena tangkap atas perbuatan rasuah dan gagal istiyar harta.

Semua ini mahu ditutup oleh penyokong mereka dengan  gimik “Ubi kayu”.sahaja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button