MotoGP: Pecco Bagnaia ‘kuasai’ Litar Jerez

MotoGP: Pecco Bagnaia ‘kuasai’ Litar Jerez

MotoGP: Pecco Bagnaia ‘kuasai’ Litar Jerez
Bagnaia (tengah) meraikan kemenangan yang dilakar dalam perlumbaan GP Sepanyol bersama Marquez dan Bezzecchi di podium sebentar tadi. – Foto ihsan MotoGP

JEREZ – Juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk mendominasi perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol pada saingan MotoGP di Litar Antarabangsa Jerez sebentar tadi.

Pada perlumbaan tersebut, Bagnaia yang lebih mesra dengan gelaran Pecco telah menerima tentangan sengit daripada jaguh Gresini Racing yang juga juara dunia enam kali, Marc Marquez.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut buat Pecco di Jerez sekali gus membantunya merapatkan jurang mata pada carta perebutan gelaran dunia musim ini.



Selepas mengharungi empat perlumbaan GP, jaguh Pramac, Jorge Martin kekal mendahului dengan 92 mata disusuli dengan Pecco (75 mata) dan tempat ketiga diraih oleh Enea Bastianini (70 mata). – KOSMO! ONLINE

MotoGP: Pecco Bagnaia ‘kuasai’ Litar Jerez

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button