Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Ketika kali pertama berkuasa di Putrajaya selepas Pakatan Harapan memenangi PRU 14, sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan termasuk DAP berada di puncak.
Tetapi keadaan itu membuatkan pemimpin DAP semakin besar kepala.
Pemimpin DAP mula memperlekehkan sokongan orang Melayu.
Kerana mereka mula merasakan akan tetap gagah walau pun tanpa sokongan orang Melayu.
Bermula dari isu kes kuil Sri Maha Mariamman yang menyebabkan kematian Allahyarham Mohd Adib, seorang anggota Bomba, DAP terus melukakan perasaan orang Melayu.
Isu Abu Chin Peng, isu Jalur Gemilang yang dihitamkan dan dinaikkan terbalik.
Selepas itu isu lagu Negaraku dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin dan pelbagai isu lagi.
Akibatnya, kerana tidak tahan dengan tekanan dari orang Melayu, beberapa pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan melakukan Langkah Sheraton.
Akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu tumbang selepas hanya 22 bulan berkuasa.
Kini, DAP sekali lagi mendapat kuasa di Putrajaya.
Selepas melangkaui tempoh 22 bulan berkuasa di Putrajaya, kini mula kedengaran isu-isu yang mengguris perasaan orang Melayu.
Isu kalimah Allah di stoking, isu Sijil Halal, isu permohonan maaf DS Najib.
Dan terkini isu Lim Guan Eng memperlekehkan bantuan UMNO yang pernah di terima.
Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh (Ku Li), pernah mengeluarkan kenyataan PAS sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti untuk mendapatkan kuasa.
Secara sinis Ku Li berkata, ia termasuk mendakap kembali DAP dan sudah semestinya PAS akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkannya.
Seorang pemimpin yang berpengalaman seperti Ku Li tidak akan mengeluarkan kenyataan secara semberono.
Sebelum mengeluarkan kenyataan, sudah pasti ada maklumat yang telah beliau perolehi.
Secara logik, untuk jangkamasa pendek, kedudukan Pakatan Harapan sekarang akan menjadi lebih kukuh dengan penyertaan PAS.
Walau pun tanpa Barisan Nasional dan parti sekutu Perikatan Nasional yang lain, majoriti 2/3 Dewan Rakyat masih boleh dikekalkan.
Tetapi, apakah PAS mampu mengekalkan populariti mereka dalam PRU 16 nanti?
Jawapannya ada di PRK Nenggiri dan PRK Mahkota.
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib
- Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam
- Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?