Biasiswa Brahim’s bantu pendidikan anak kakitangan
Biasiswa Brahim’s bantu pendidikan anak kakitangan

KUMPULAN Syarikat Brahim’s Dewina (Brahim’s) melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Brahim’s untuk anak warga kerja Brahim’s Dewina melalui #BrahimsCares.
BrahimsCares adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Brahim’s untuk membantu dalam bentuk sumbangan kewangan atau makanan kepada golongan memerlukan terutama dalam kes malapetaka, mangsa banjir dan bank makanan pelajar.
Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, program itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Biasiswa Yuran Pengajian dan Bayaran Pendahuluan Yuran Pengajian.
Katanya, terma dan syarat permohonan serta kelayakan diumumkan pihak Sumber Manusia Brahim’s pada akhir Jun depan.
“Untuk tahun ini, sudah tiba masanya pihak syarikat melihat kebajikan pekerja kami terutama mengenai bantuan pengajian anak mereka.
“Oleh itu, kami mewujudkan Program Biasiswa Pendidikan Brahim’s untuk anak warga kerja Brahim’s Dewina dengan harapan dapat meringankan sebahagian daripada beban warga kerja kami.
“Di samping itu, kami juga bekerjasama secara aktif dengan Food Aid Foundation dan rakan kongsi bantuan makanan lain di dalam negeri dan di peringkat serantau dalam aktiviti bantuan makanan,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, CSR untuk golongan memerlukan diteruskan dan berharap melalui inisiatif #BrahimsCares pihaknya memberi manfaat dan membantu mereka memerlukan.
Brahim’s, menjadi peneraju terkemuka dari segi makanan segera retort berkualiti premium di Asia Tenggara.
Sehingga kini, syarikat mengembangkan perniagaan di Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat.
Biasiswa Brahim’s bantu pendidikan anak kakitangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Fadhli Shaari Tersalah Sondol
- Dah Boleh Hadam Ker Belum Kenapa Kerajaan Berat Untuk Beri Peruntukan Kepada MP Pembangkang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :