Kenapa media takut sebut Gomo kini rapat dengan Mahathir?

Oleh Adam Malik

Kenapa media takut sebut Gomo kini rapat dengan Mahathir

Amat pelik kelakuan Media dan cara mereka melapor.



Pada kes terbaru dimana seorang aktivis politik ,Muhamad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo ditangkap dan didakwa atas tuduhan memfitnah dan menghasut orang ramai membenci Yang DiPertuan Agong , beberapa media telah memetik dalam laporan bahawa Gomo sebagai “bekas EXCO pemuda UMNO”.

Seolah olah media mesti menyeret nama UMNO dalam hal fitnah YDPA ini.

Ini satu rupa bentuk ‘bad reporting” ataupun “malicious reporting on purpose”.

Semua tahu UMNO sudah lama buang sampah sarapnya seperti Gomo ini, Kluster Broker dan juga para Kitol yang berkerja bagi pihak luar parti.



Bahkan Gomo kini amat rapat dan berkerjasama dengan Tun Mahathir dan membenci umno.

Kenapa media tidak petik nama Gomo sebagai penyokong kuat dan berbakti untuk Tun Mahathir?



Hal ini Gomo sendiri yang dedahkan berulangkali dalam facebook nya demi untuk jayakan gerakan palsu Perpaduan Melayu.

Gerakan ini dikatakan palsu atas beberapa sebab.

Antaranya tIdak menjemput parti Melayu terbesar UMNO.
Sebab lain nya adalah kerana orang orang bukan Melayu terutama Penyokong DAP (90% dari seluruh orang Cina) telah melabelkan Mahathir sebagai penipu yang mungkir janji mahu serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas pegang jawatan dua tahun sahaja.



Maka apabila sudah kehilangan penyokong bukan Melayu barulah Mahathir mahu tunggang orang Melayu semula.

Dan dipercayai Gomo antara individu yang Mahathir gunakan.

Seperti lazimnya Mahathir sentiasa perguna pihak lain atau pihak ketiga untuk buat sesuatu.



Ini mudah difaham kerana mudah untuk Mahathir membuat kenyataan “saya tak tahu”.

Berbalik kepada tajuk, kenapa media takut untuk profil dalam laporan mereka yang Muhamad Azri sebagai “kini bersama Mahathir”?

Adakah untuk selamatkan Mahathir yang dikenali sebagai benci YDPA?

Dan jika disebut takut Mahathir jadi suspek utama penghasut dari belakang tirai?



Media harus “grow up” dan matang.

Jika media tidak lapor jujur laluan lain dan alternatif tetap ada untuk rakyat dapat berita.

Itu lah sebab media sendiri lari kelaporan online kerana sudah tidak laku lagi dimedia cetak.

Untuk makluman perbuatan Muhamad Azri pada hari ini tidak selari r dengan pendirian UMNO.

Ia lebih bertepatan dengan pendirian Mahathir.

Maka amat tidak wajar untuk petik nama umno lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button