Piala Uber: Enggan pulang ‘tangan kosong’
Piala Uber: Enggan pulang ‘tangan kosong’
SKUAD badminton wanita negara bertekad mahu menjelmakan sekurang-kurang satu kemenangan pada Piala Uber biarpun perjalanan skuad pasukan pada kejohanan berprestij dunia itu telahpun berakhir.
Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa menjelaskan dia mahu memberikan terbaik terutama dijadual berdepan pasukan Australia dalam aksi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B hari ini.
“Kita cuba lagi yang terbaik dan mencatat kemenangan dengan mereka. Menang atau kalah kita kena bagi yang terbaik,” kata pemain berusia 21 tahun itu.
Hasrat Malaysia untuk mara ke suku akhir Piala Uber yang berlangsung di Chengdu, China tidak kesampaian apabila tumpas buat kali kedua berturut-turut dan kelmarin mereka tumpas 0-5 dengan Thailand, manakala pada aksi pembukaan mereka kalah 1-4 kepada Taiwan.
Sementara itu, kapten skuad negara, Teoh Mei Xing turut menaruh harapan supaya rakan sepasukannya memberikan persembahan terbaik kerana Australia akan menurunkan pemain berkualiti seperti Setyana Mapasa-Angela Yu.
“Sudah tentu Mapasa seorang pemain berpengalaman dan Australia juga membawa Angela dia pun pemain yang bagus dan kalau tak silap saya mereka juga pernah memasuki final kejohanan antarabangsa.
“Jadi mereka agak kuat dan saya harap kami dapat memberikan saingan dengan mereka juga nanti,” ujarnya.
Piala Uber: Enggan pulang ‘tangan kosong’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Fadhli Shaari Tersalah Sondol
- Dah Boleh Hadam Ker Belum Kenapa Kerajaan Berat Untuk Beri Peruntukan Kepada MP Pembangkang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :