Polis kesan kenderaan bawa kepingan besi jatuh di LPT1

Oleh – Syeikh Baran


Polis kesan kenderaan bawa kepingan besi jatuh di LPT1
Polis masih giat mengesan kenderaan yang dikatakan menyebabkan kepingan besi terjatuh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di Bentong, Pahang kelmarin.

Polis masih giat mengesan kenderaan yang dikatakan menyebabkan kepingan besi terjatuh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, setakat ini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang terkesan akibat kejadian berkenaan.



“Polis masih menjejaki (kenderaan terlibat) dan polis telah merakam percakapan daripada pengadu,” katanya di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan kejadian kebocoran tayar kenderaan akibat terlanggar serpihan besi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) malam kelmarin menggemparkan pengguna lebuh raya berkenaan dan juga penduduk setempat.

Difahamkan kejadian berkenaan melibatkan tiga daerah laluan LPT1 iaitu Bentong, Temerloh dan Maran yang melibatkan lebih 100 buah buah kenderaan yang tersadai di tepi lebuh raya utama ke pantai timur itu.

Bagaimanapun setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai jumlah kenderaan terlibat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button