Lebih 80,000 orang buat rayuan haji

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 80,000 orang buat rayuan haji
Syed Saleh beramah mesra bersama wakil media selepas Majlis Pelepasan Petugas Haji di Hotel Movenpick, hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Mereka yang ingin menunaikan ibadah fardu haji untuk musim kali ini menerusi proses rayuan masih lagi boleh berbuat demikian sehingga tarikh akhirnya pada 8 Mei ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, walaupun tarikh tutup permohonan rayuan ialah akhir Syawal, tetapi kemungkinan kekosongan berlaku secara tiba-tiba dalam kalangan bakal jemaah terpilih.



Beliau berkata, proses rayuan kali ini dibuka pada 26 Januari lalu dan setakat ini dianggarkan lebih 80,000 orang menyerahkan permohonan mereka.

“Pihak TH akan memberikan keutamaan rayuan dalam kalangan mahram untuk mengiringi pasangan mereka yang berjaya terpilih secara kuota, namun masih lagi bergantung kepada kekosongan tempat jika ada jemaah sedia ada yang tiba-tiba menolak atas pelbagai faktor seperti kemalangan atau sakit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni seramai 150 petugas operasi haji kumpulan kedua yang berlepas ke Madinah malam ini di Pusat Konvensyen Movenpick TH Sepang, di sini.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 600 petugas Tanah Suci setelah kumpulan pertama sudah pun bertolak ke Jeddah pada 30 April lalu yang terdiri seramai 16 petugas.



Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijadualkan berlepas pada 9 Mei nanti manakala bagi trip terakhir dijangka 9 Jun depan melibatkan sejumlah 100 penerbangan sewa khas.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button